Perang Armageddon dan Imam Mahadi..
Apakah dia perang Armageddon ???
Satu peristiwa besar dan perang kehancuran
- Pertemuan strategi perang raksasa yg sudah terlalu hampir waktu berlakunya
- Perang persekutuan-internasional yg akan tercetus dan sentiasa ditunggu2 oleh seluruh umat manusia dari dahulu lagi
- Perang politik dan agama
- Peperangan raksasa dr byk pihak yg terlibat dan akan membawa kehancuran sebahagian dunia dgn sgt besar
- Peperangan yg paing besar dan dahsyat dlm sejarah ketamadunan hidup manusia
- Perang yg dimulai dgn menyeluruhnya perdamaian tetapi ianya PALSU sehingga semua penduduk dunia menyangka dan mengataklan bahawa kita akan hidup aman damai dgn termeterinya bbrp perjanjian damai yg selepas itu akan di cabuli oleh musuh2 yg benci thdp org2 yg beriman kpd Allah SWT.
Asal perkataan Armageddon:
- Asal dr perkataan Ibrani dan terdiri dr 2 pktn : “Ar” – yg bererti gunung atau bukit
- “Mageddo” – nama dr sebuah lembah di Palestin yg mana lembah ini merupakan sebuah medan pertempuran yg akan tercetusnya perang ini. Ia membentang dr dataran Mageddo di utara smpai ke Edom di Selatan yg jaraknya sekitar 200 batu sampai ke Laut Putih (Tengah) di bhgn Barat dan Bukit Mohab di Timur yg jaraknya 100 batu .
- Para ahli peperangan berpendapat bhw kawasan ini merupakan tempat yg strategik , setiap panglima tentera / angkatan yg dapat menguasai tempat ini akan dapat mematahkan setiap serangan
- Perkataan Armageddon adalah sebuah istilah bukannya asing dikalangan para ahli kitab (yg amalkan kitab Taurat, zabur ,injil yg lama) dan disebut juga dlm kitab tersebut ttg akan berlakunya peperangan hebat ini.Ahli kitab ini adalah golongan yahudi dan nasrani yg beramal dgn kitab asal.
- Nabi Muhammad SAW ada bersabda ” sampaikanlah ajaran-ajaranku walaupun itu hanya satu ayat , dan berbicaralah dr ajaran bani Israil (Yahudi) dan aku tiada halangan ” (1) - sahih al Bukhari bab 6 pg 3461 dr Abdullah Ibnu Umar RA.
- Tetapi haruslah dgn syarat juga , tidak membenarkan dgn tanpa usul periksa sabdanya lagi ” apabila ada ahli kitab yg berbicara (ttg agama) maka jgnlah kamu benarkan dan jgn pula kamu dustakan” (2) – sahih Bukhari diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA
- Maksudnya disini Nabi SAW menganjurkan kita menyelidiki juga apa cerita yg disampaikan oleh para ahli kitab dan jgn percaya bulat-bulat., tetapi perkataan mereka juga kita boleh terima …dan tidaklah ditolak mentah-mentah …
PERKATAAN ARMAGEDDON OLEH PENULIS BUKAN ISLAM YG MEMPERCAYAINYA
- Dlm kitab Wahyu (revealation – 16:16) ” dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekelian tentera dunia disebuah tempat bernama Armageddon –(Injil : pg 388 – terbitan darul Thaqafah , Mesir)
- Dlm buku ” Dimensi agama dlm Politik Amerika Syarikat (AS) di sebut bhw 7 org pemimipin AS mempercayai akan tercetusnya perang Armageddon – (Buku janji yg benar dan janji yg dusta pg .31)
- Presiden AS yg lalu, Ronald Reagen berkata : ” Sesungguhnya generasi ini adalah generasi yg akan melihat Armageddon” (buku ramalan dan politik pg.66 )
- “…. Segala sesuatu pasti akan berakhir dlm bbrp tahun.. akan terjadi perang dunia yg paling besar ialah perang armageddon atau datarn mageddo…” (Buku Drama berakhirnya zaman – Oral Robertus, buku Akhir bola dunia yg paling besar – Hall Lindus)
- Aku berkeinginan agar aku dpt mengatakan bhw kita akan dpt mencapai perdamaian. Akan tetapi saya percaya bhw perang Armageddon akan berkecamuk di lembah Mageddo. ( Buku janji yg benar dann janji yg dusta pg. 62 / buku ramalan dan politik pg. 37)
- Seorag penulis AS yg bernama Greys Halsl berkata : Kita sbg org2 Kristian percaya bhw sejarah manusia akan berakhir dgn sebuah peperangan yg di sebut sbg Armageddon dan peperangan ini akan menyaksikan kembalinya Isa Al Masih yg akan memrintah org-org yg hidup dan org yg mati dgn saksama ( ramalan dan politik pg.19)
Kaum Muslimin dan Armageddon Terdapat ramai di kalangan org Islam sendiri yg masih tidak mengetahui tentang Perang Armageddon – bahkan ada yg mengatakan perkataan itu hanya ada dalam sejarah filem hollywood lakonan Bruce Willis dan Ben Affleck . Padahal realitinya holllywood yg didokong oleh yahudi sememangnya ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem.Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia utk menghadapinya.Hadith nabi SAW yg membicarakan ttg peperangan ini :” kamu akan mengadakan perdamaian dgn bangsa Rum dlm kedaan aman, lalu kamu akan berperang bersama mereka melawan suatu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan menadpat harta rampasan perang yg byk, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yg luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang leleki Rum. Lalu dia akan mengangkat tanda salib (tentera kristian) dan melaungkan salib telah menang maka datanglah kepadanya seorang lelaki muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut , kemudian tentera Rum mengkhianati perdamaian dan terjadilah peperangan demi peperangan, dimana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera , dibawah setiap bendera terdapat 12 ribu tentera”- Hadith sahih riwayat Imam Ahmad,Imam Abu Daud, Ibnu Majah dr Zu Makhmar RA.Disahihkan oleh Tafsir Al Albani dlm mentahkik hadis misyqat , pg 5424 dan kitab sahih al Jami’ dan ia mempunyai bberapa riwayat.Hadith di atas dgn jelas menerangkan bhw di sana ada 2 buah peperangan yg akan terjadi :
- Perang dunia Armageddon yg telah byk diketahui oleh semua pihak
- Peperangan-peperangan , dlm sesetengah hadith di sebut Peperangan terbesar (Malhamah al Kubra).Peperangan ini tidak diketahui ramai kecuali oleh sebahagian orang , pihak2 yg berperang dlm pertempuran ini adalah kaum muslimin , menghadapi tentangan dr Rum (Eropah dan AS) setelah berlakunya perang Armageddon di mana pd awalnya muslimin bersekutu dgn mereka tetapi akhirnya Rum mengkhianati kita dlm perang tersebut.
Makanya, perang Armageddon adalah peristiwa pertama yg kita tunggu sbg permulaan dr huru hara di akhir zaman sebagaimana yg akan diterangkan dlm bahagian seterusnya iaitu bab Imam Mahdi al Muntazar. Perang tsbt juga adalah perang penghancuran dan nuklear yg akan memusnahkan sebahagian besar senjata stategik, yg tinggal selepas itu hanyalah senjata tradisional berupa panah, pedang dan kuda yg akan diguna pakai dlm peperangan selepas Armageddon (khasnya oleh tentera Al Mahdi nanti) .Bab 2 – Insya Allah saya akan sambungkan tentang bagaimana perkiraan umur umat -umat terdahulu sehingga umat akhir zaman ini dan juga siapakah dia yg dinamakan dgn imam Mahdi al Muntazar.Segala yg buruk itu dr saya dan yg baik itu dr Allah SWT jua …. SIAPAKAH IMAM AL MAHDI AL MUNTAZAR 1. Al Mahdi Al Muntazar (lelaki yang dinanti / ditunggu-tunggu) akan kemunculannya adalah seorang lelaki muda dari kaum Muslimin yang berasal dari keluarga nabi Muhammad SAW. · Beliau dari keturunan sayydatina Fatimah Binti Rasulullah SAW. · Namanya Muhammad Bin Abdullah – jadi namanya sama dgn Nabi Muhammad SAW · Al Mahdi bukanlah seperti yang diduga oleh kaum Syiah ar Rafidhah yang mengharap kemunculannya dari negeri Sardeb ( area Samarra) kerana Al Mahdi seperti ini tiada faktanya dan tiada nas-nas hadis Nabi SAW yang menerangkannya . · Kaum Syiah ini mendakwa bahawa Al Mahdi namanya ialah Muhammad Ibn Al Hassan Al Askari, akan memasuki Sardeb ketika berusia 5 tahun. · Mereka sentiasa menunggu kehadirannya dr Sardeb sedangkan Al Mahdi seperti yg mereka dakwa itu sekali2 tidak akan keluar dr Sardeb itu. ( sila rujuk kitab2 Nihayah tarikh Ibnu Kathir, Al Fitan Wal Malahim, bab ttg berita AL Mahdi juz : 1)CIRI CIRI IMAM AL MAHDI· Berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW telah disebutkan bahawa Al Mahdi atau Muhammad Ibn Abdullah yang akan muncul itu berhidung panjang, mancung dan runcing (mempunyai bentuk wajah yang cantik), berkening luas, dia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan keseimbangan · ( sebelumnya dunia dipenuhi dgn kezaliman dan ketidakadilan) – seperti yang dapat kita lihat hari ini , penindasan dan peperangan terhadap umat islam di mana2 dan berleluasa. · Beliau akan memerintah dunia selama 7 tahun atau 8 tahun atau paling lama 9 tahun setelah turunnya Isa Al Masih AS , sebelum berlakunya hari kiamat. Sepanjang pemerintahannya manusia hidup dalam kedamaian dan keadilan yg tidak pernah dirasai selepas kewafatan Rasullullah SAW.· Hadis Nabi : 1. ” Sesungguhnya bumi ini akan dipenuhi dgn kezaliman dan kesemenaan, dan apabila kezaliman dan kesemenaan itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutus seorang lelaki yg berasal dari keturunanku, namanya seperti namaku, dan nama bapanya seperti nama bapaku (Muhammad Ibn Abdullah). Maka dia akan memenuhi bumi dgn keadilan dan kemakmuran sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu dgn kezaliman dan kesemena-menaan (penindasan).Diwaktu itu langit tidak akan menahan setitis pun dari titisan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikit pun dari tanaman. Maka kamu akan hidup bersamanya selama 7 tahun atau 8 tahun dan paling lama 9 tahun.” ( hadis ini adalah sahih riwayat dr Tibrani, Bazzar dan Abu Naim. Imam As Sayuti telah menunjukkan akan kesahihannya dlm Al Jami’. Disahihkan oleh Al Albani dlm As Silsilah As Sahihah , no: 1529)2. ” Al Mahdi berasal dari keturunanku ahli bait yang akan diislahkan oleh Allah SWT dalam satu malam” ( hadis ini hadis sahih riwayat Imam Ahmad dlm Musnad Imam Ahmad dan Ibnu Majah dlm sunan nya dr sayyidina Ali RA.Ia disahihkan oleh Syeikh Ahmad Syakir ketika memberikan komennya dlm Musnad Ahmad. Ia juga disahihkan oleh Al Albani dlm As sahihah – no 2371.) Maksud Islah : (2 tafsiran dr ahli tafsir Hadis) 1) bahawa sebelum menjadi Al Mahdi beliau mempunyai bbrp kekurangan kecil, kemudian Allah SWT mengampuni dosa-dosanya, menunjukinya dan menurunkan ilham-ilhamnya.2) Bahawa Allah SWT memberinya persiapan utk menjadi khalifah dan memimpin kaum muslimin yg mukminin dalam menghadapi huru-hara dan peperangan – peperangan akhir zaman . (tafsiran mengikut kitab Fitan Wal Malahim ttg. Berita Al Mahdi , oleh Ibnu Kathir juz :1) hadis 3 : ” Al Mahdi berasal dr anak cucuku , dari keturunan Fatimah”( Hadis Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim dari Ummu Salamah.Imam Sayuti menunjukkan kesahihannya dlm Al Jami’.) hadis 4 :” Bahawa akhir zaman nanti akan muncul seorang khalifah yg berasal dr umatku, yang akan melimpahkan harta kekayaan selimpah-limpahnya dan dia sama sekali tidak akan menghitung-hitungnya”(Diriwayatkan oleh Ahmad dlm Musnad Imam Ahmad, dan oleh Muslim dalam Sahih Muslim dari hadis Jabir bin abdullah dan Abu Said Al Khudri) · Kemunculan Imam Mahdi bukanlah berasal dari usahanya, (Muhammad Bin Abdullah) dan bukan juga atas permintaannya.Bahkan beliau sendiri sama sekali tidak tahu bahawa Allah SWT akan mengislahkannya dalam masa satu malam dan bahawa Allah SWT akan mempersiapkan baginya satu kaum yang jumlahnya sedikit dan tidak mempunyai persiapan dan kekuatan , kemudia mereka akan membaiahkan beliau di Kaabah, sedangkan beliau (Imam Mahdi) Tidak menyukai baiah itu. · Kedatangan Imam Mahdi diakahir zaman adalah satu perkara yg telah ditakdirkan oleh Allah SWT, yang telah tertulis di Luh Mahfuz yang tidak dapat tidak akan muncul juga satu hari nanti – hanya masa dan ketika nya sahaja yg tidak diketahui oleh sekelian makhluk …hanya dalam ilmu dan pengetahuan Allah SWT sahaja. · Jadi kedatangannya sama seperti kedatangan Al Masih Dajjal, turunnya Isa Ibnu Maryam AS, keluarnya Ya’juj dan Ma’juj serta sisa tanda-tandanya hari kiamat. · Oleh sebab itu , mempercayai dan meyakini akan kedatangan Imam Mahdi ini adalah hukumnya wajib bagi seluruh umat Islam, dalam syariat dan iktikad bg setiap mukmin.Ini kerana hadis-hadis yg menerangkan tentang Al Mahdi adalah mencapai tingkat Mutawatir – bermakna menurut hampir semua ulamak tafsir Hadis , hadis Mutawatir menunujukkan ilmu yg Qat’I, yang tidak dapat diragui dan digugat, mengetahuinya adalah wajib , mengamalkannya adalah fardhu dan mengingkarinya adalah haram dan kufur.
adakah ianya benar......??
ReplyDelete