Like this blog.... ^_^

Tuesday, December 21, 2010

PERBEZAAN ANTARA MUSLIM DAN KAFIR LAKNATULLAH



KENAPA SEORANG MUSLIM BERBEZA DARI SEORANG KAFIR?

Setiap Muslim percaya bahawa seorang Muslim lebih tinggi darjatnya daripada seorang kafir. Allah senang terhadap seorang Muslim dan benci kepada orang kafir. Seorang Muslim akan memperolehi keselamatan dari Allah, sedangkan seorang kafir tidak. Seorang Muslim akan masuk ke syurga, dan seorang kafir akan masuk ke neraka.

Marilah kita fikir-kan benar-benar, mengapa ada perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dan seorang kafir. Padahal seorang kafir adalah juga keturunan Adam, seperti kita semua. la juga seorang manusia, seperti kita semua. la juga punya tangan, kaki, mata dan telinga, seperti kita semua.

Dan sebagaimana kita semua, ia pun bernafas dengan udara yang sama, minum air yang sama, dan hidup di bumi yang sama. Allah yang menciptakan kita, adalah Pencipta-nya juga. Maka, kenapakah darjatnya rendah dan darjat kita tinggi?

Mengapa kita semua nanti akan masuk syurga dan dia masuk neraka?

APAKAH PERBEDAANNYA HANYA SOAL NAMA SAJA?

Ini adalah suatu masalah yang harus kita fikirkan secara mendalam. Perbezaan yang begitu besar antara seorang Muslim dengan seorang kafir, tidak mungkin kerana seorang itu bernama 'Abdullah dan 'Abdurrahman, sedang yang lain bernama Joni dan Robertson; atau kerana yang seorang dikhitan dan yang lain tidak; atau kerana yang seorang tidak memakan daging babi dan yang lain memakan nya.

Allah Yang Maha Kuasa, yang telah menciptakan alam seluruh manusia dan memberi nya rezeki, tidak mungkin bertindak demikian kejam, mendiskriminasikan antara makhluk-Nya, hanya kerana soal-soal kecil seperti itu dan memasukkan hamba-Nya yang satu ke syurga sedang yang lain ke neraka.

PERBEZAAN ISLAM DAN KUFR YANG SEBENARNYA

Memang benar perbezaan yang besar dalam kedudukan seorang Muslim dengan seorang kafir bukanlah kerana soal nama, khitan dan daging babi. Kalau begitu, apakah perbezaan yang sebenarnya antara keduanya?

Jawabnya hanyalah satu, yakni kerana Islam dan kufur.

Islam bererti kepatuhan kepada Allah sedangkan kufur bererti keengkaran kepada Allah. Orang Muslim dan orang kafir kedua-duanya adalah manusia, kedua-duanya adalah hamba Allah.

Tetapi yang satu berkedudukan mulia kerana ia mengakui Allah, dan mematuhi perintah-perintah-Nya. Yang satu takut akan hukuman yang akan diberikan-Nya bila ia tidak mematuhi perintah-perintah-Nya. Sedangkan yang satu lagi terperosok dari kedudukan yang itu kerana ia tidak mengakui Allah dan tidak mahu melaksanakan perintah-Nya.

Inilah sebabnya mengapa Allah senang kepada orang-orang Muslim dan benci kepada orang-orang kafir. Allah menjanjikan kurniaan syurga bagi orang-orang Muslim, dan memperingatkan orang-orang kafir bahawa mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

SEBAB PERBEZAAN: PENGETAHUAN DAN PERBUATAN

Dari huraian di atas jelaslah bahawa ada dua hal yang membezakan seorang Muslim dengan seorang kafir.

Yang pertama adalah pengetahuan dan yang kedua perbuatan.

Pengetahuan bererti bahawa seorang Muslim harus tahu siapa Tuhannya, apa perintah-perintah-Nya, bagaimana cara-cara untuk menuruti kehendak-Nya,perbuatan-perbuatan mana yang disukai-Nya dan mana yang tidak disukai-Nya.

Bila ia sudah tahu akan hal-hal tersebut, maka langkah yang kedua ialah bahawa ia harus menjadikan dirinya sebagai hamba dari Tuhannya, melaksanakan kehendak-kehendak-Nya, dan mengabaikan kemauan-kemauannya sendiri.

Bila hatinya ingin melakukan sesuatu perbuatan, tapi perbuatan itu bertentangan dengan perintah Tuhannya, maka ia mesti meninggalkan keinginan nya sendiri dan melaksanakan perintah Tuhannya. Apabila suatu perbuatan kelihatan mulia di matanya, tapi Tuhannya mengatakan bahawa perbuatan itu hina, maka ia harus memandangnya hina pula.

Sebaliknya, bila suatu perbuatan nampak hina di matanya, tapi Tuhannya mengatakan mulia, maka ia mesti memandangnya mulia pula.

Apabila ia melihat bahawa suatu pekerjaan mengandungi bahaya, tapi Tuhan-nya mengatakan bahawa pekerjaan itu harus dilakukan, maka bagaimanapun juga ia mesti mengerjakannya, walaupun ia mungkin akan kehilangan harta-benda atau bahkan nyawa nya.

Sebaliknya, bila ia memandang bahawa suatu pekerjaan akan mendatangkan keuntungan baginya, tetapi Tuhannya melarang nya untuk mengerjakan pekerjaan tersebut, maka ia wajib meninggalkannya, walaupun pekerjaan tersebut boleh mendatangkan keuntungan sebanyak harta benda yang ada di seluruh dunia ini.

Inilah pengetahuan dan perbuatan yang menjadikan seorang Muslim sebagai hamba Allah yang sejati, yang mendapat limpahan rahmat-Nya serta kedudukan yang luhur dan mulia.

Sebaliknya, kerana seorang kafir tidak memiliki pengetahuan ini, ia dimasukkan ke dalam golongan hamba Allah yang membangkang dan tidak mendapat limpahan rahmat-Nya.

Sekarang seandainya ada seseorang yang menyatakan diri-nya seorang Muslim, tapi ia sama bodoh nya tentang Islam dengan seorang kafir, dan sama pula pembangkangan nya kepada Allah, apakah kita mengatakan dengan menggunakan pertimbangan yang adil, bahawa kedudukannya lebih tinggi daripada seorang kafir, semata-mata kerana ia memiliki nama yang berbeza, memakai pakaian yang berbeza dan memakan makanan yang berbeza dengan orang kafir tersebut?

Dan apa pula alasannya untuk mengatakan bahawa ia berhak memperolehi rahmat Allah di dunia dan di akhirat?

Islam bukanlah sesuatu yang bersifat kesukuan, kekeluargaan atau persaudaraan yang langsung diwariskan oleh orang tua kepada anak dan dari anak kepada cucu. Kedudukan sebagai seorang Muslim tidaklah diperolehinya kerana keturunan sebagaimana hal nya kasta, di mana anak seorang Brahman akan tetap memperolehi kedudukan yang tinggi, betapa pun bodoh dan jahat perangainya, kerana ia memang lahir dalam keluarga Brahman yang berkedudukan tinggi.

Sementara itu, anak dari orang tua berkasta rendah akan tetap berkedudukan rendah, kerana memang ia lahir di tengah-tengah keluarga yang berkasta rendah. Dalam hal ini Allah telah menyatakan dalam Kitab-Nya:

"... Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara mu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu ..."

(Surah Al-Hujurat: Ayat 13)

Ertinya, semakin banyak orang mengetahui tentang Allah dan semakin mentaati perintah-Nya, maka akan semakin tinggi pulalah kedudukannya di mata Allah.

Nabi Ibrahim 'alaihissalam dilahirkan di tengah-tengah keluarga seorang penyembah berhala, tetapi beliau mengenal Allah dan mentaati perintah-Nya. Itulah sebabnya Allah mengangkat nya sebagai imam seluruh dunia.

Anak Nabi Nuh di-lahirkan dalam keluarga seorang Nabi, tetapi ia tidak mengerti tentang Allah dan tidak mentaati perintah-Nya. Itulah sebabnya mengapa Allah menghukumnya sedemikian rupa tanpa memperdulikan keluarganya, hingga kisah nya menjadi contoh bagi seluruh dunia.

Kerana itu marilah kita fahami benar-benar bahawa apa pun perbezaan yang ada antara seorang manusia dengan manusia yang lain, dalam pandangan Allah hal itu berhubungan erat dengan pengetahuan dan perbuatan. Baik di dunia ini mahupun di akhirat nanti, rahmat Allah dilimpahkan kepada mereka yang mengerti akan Allah, tahu jalan yang benar yang ditunjukkan-Nya, dan melaksanakan perintah-perintah-Nya.

Mereka yang tidak memenuhi persyaratan-persyaratan ini sama saja kedudukannya dengan mereka yang kafir, dan tidak berhak memperolehi rahmat-Nya, sama ada mereka bernama 'Abdullah, 'Abdurrahman, Joni atau Kartar Singh.


Ini salah satu bukti bahawa kita orang muslim sudah terikot dengan cara pemakian orang kafir. Fesyen bertdung zaman sekarang yang dibanggakan ramai. Hadis nabi, “Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia termasuk dari kalangan mereka“.. – Riwayat Abu Daud.

RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA…SAMA-SAMA KITA MENGUBAHNYA...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...